geng blog

Wednesday, April 20, 2011

KUIH SERABAI......

anak dara nk makn kuih serabai..........mane lah tau nak buat ...tp insyaallah akan ku cube sedaya upaye......


Resepi

  • 500 ml santan (dari 1/2 kelapa putih)
  • sedikit garam
  • Bahan A
  • 150 g tepung beras
  • 300 ml air


Bahan B

  • 1 biji telur
  • 300 g tepung beras
  • 600 ml air

Bahan Kuah

  • 900 ml santan (dari 1 kelapa)
  • 300 g gula melaka
  • 2 helai daun pandan, disimpulkan
  • sedikit garam
  • 2 biji telur
  • 1 camb tepung beras
  • Cara-cara
Santan dijerang bersama garam hingga mendidih. Santan perlu dikacau selalu untuk mengelak santan berkepala. Angkat dan biar sejuk. Gaulkan bahan A dan jerang atas api perlahan sambil dikacau hingga kental.
Gaulkan semua bahan B, masukkan adunan A dan santan yg dimasak. Kacau sebati dan biar 4 jam. Panaskan acuan serabai atas api perlahan. Masukkan adunan secukupnya dalam setiap acuan. Tutup dan masak selama 5 min kemudian angkat.
Kuah
Untuk membuat kuah: Jerang santan dengan gula melaka, daun pandan dan garam. Kacau selalu supaya tidak pecah minyak. Satukan telurdan tepung beras, tuangkan ke dalam santan dan kacau hingga mendidih. Angkat dan sajikan dengan serabai.



No comments:

Post a Comment

Orang Peminat Rahsia