Thursday, March 29, 2012

public figure...


http://www.harian-metro-online.com/mangkuk-tandas-letup-seorang-lelaki-cedera




seramnya...takot pulak nak guna tandas awam.......

Wednesday, March 28, 2012

BEN ASHAARI DAN RAKAN BOGGER

Assalamualaikum........

BEN ASHAARI

Anda ternampak seorang rakan anda sedang makan di sebuah gerai , kemudian anda menyapanya. Soalannya , apakah ayat pertama sekali yang akan anda lafazkan ?

hye...tengah makan ke?

soalan yang tak sepatutnya ......hehehhehehe



Tuesday, March 27, 2012

mulut

assalamualaikum......


menghebahkan perkara yang kita sendiri tak pasti adalah suatu perbuatan yang bole mendatangkan kekeliruan diantara sesama kita.....
lebih-lebih lagi pada orang yang diceritakan itu....


jagalah lidah dan percakapan kita agar tidak menyinggung hati dan perasaan orang.....

PELITA HATI...JIWA...

assalam...
trend anak-anak muda sekarang...baru masuk belasan tahun dah mula nak buat macam-macam...semuanya kerana nak ikut gejolak perasaan...memberontak tak tentu hala....tak bole nak di tegur langsung..mengongkong katanya....

tak pernah dia semua fikir perasaan kedua orang tua ....
yang peliknya..ade juga anak-anak yang ken dera dari segi seksual ngan mental tapi tak berani nak memberontak...kerana ape??????
mungkin anak-nak begini lebih mementingkan maruah mak bapak diaorang.....agaknyalah.....

aduhai anak-anak berfikirlah biar berjuta-juta-juta kali bila nak berbuat sesuatu itu......lihat keliling kamu....cari tempat yang sesuai untuk meluahkan ape yang kamu tak puas hati.....adelah lebih baik kamu berterus terang dengan kedua orang tua kamu......

BERFIKIR ITU PELITA HATI

Monday, March 26, 2012

DEMAND PULAK

http://www.harian-metro-online.com/isu-amah-malaysia-bertegas-tiada-syarat-baru


SHAH ALAM – Malaysia terus mempertahankan pendiriannya dengan menegaskan, sememangnya tiada peruntukan baru – satu amah satu tugas dengan gaji minimum RM700, dipersetujui dengan kerajaan Indonesia, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
Sehubungan itu menurut Dr Subramaniam, beliau telah bertanya perkara tersebut kepada rombongan Malaysia yang menyertai satu mesyuarat pasukan petugas di Jakarta dan telah dimaklumkan bahawa memang tiada peruntukan sedemikian.
“Mereka berkata tiada perkara sedemikian. Apa yang dipersetujui adalah gaji antara RM600 dan RM700, yang akan ditentukan oleh majikan dan pekerja (pembantu rumah) dan kesemua itu terkandung dalam (memorandum persefahaman) MoU yang akan dipatuhi,” kata beliau dalam wawancara diterbitkan Sunday Star, hari ini.

JANGAN NAK MACAM-MACAM HAH!

Sunday, March 25, 2012

usaha tangga kejayaan




Syukur Alhamdulillah


Nur Nadhirah terima anugerah cemerlang kat skola harini.....
semoga kamu berjaya dengan lebih cemerlang di masa depan...





Saturday, March 24, 2012

SANTAPAN SAYANG

assalam...
petang lepas kje  jenjalan kt Jusco Tmn Universiti......
sampai je trus g Arena (memg tpt faveret) ....perut da macam2 bunyi ni........
g kaunter oder kue tiau goreng untuk my abang sayang.....nasi goreng daging merah untuk ank dara sorang ni
untuk mak nasi goreng biasa.....
ayuni n aishah makan chicken chop....alamak aku pon teringin jugakkkkk

satu persatu makanan siap...masing2 pon nyadap je lah...
aku punye lambat sikit...sebab oder kemudian...soooo tunggguuuuu je lah
tengah dok menunggu  chicken cop ni ...my abang datang tanya lom siap lagi ke?????? kata dia

aiiii da abis makan ke? (dalam hati alahai dia da abiskan kue tiau tu ke)...masa amik mee tu td terliur jugak sebab macam sedap je...rupenya memg sedap pon.
dia senyum je........lom lahhhhh...... tau mesti nak rasa kannnnnnn........kata dia......
ehhhhh dia macm dapat rasa ape yg tersurat dan tersirat lah......DIA SELALU TAK PERNAH LUPAKAN AKU......

sebenarnya kami ni selalu je fikir dan nak buat benda yang sama.....

SAYANG ABANGGGGG...

JOM EDIT

hye..hye..hye...

bila tak ade benda yang nak dibuat......dan jemu tengok blog sendiri mulalah nak mengEDITnya....
dari warna merah yang terang akhirnyaaaaaa....
timbullah warna hitam yang menawan ni.....

mmmmmm......menawan kannnn......
memang seronok tau...aku ni cepat jemu dengan 1  keadaan mesti nak ubah...tapi pendirian tak tau.....
hehehhehehe....
nak puaskan hati sendiri....buat je IKOT CITARASA SENDIRI,,,,,

Friday, March 23, 2012

doa dan harapan

assalamualaikum.......
salam pagi jumaat yang cerah terang benderang...
alhamdulillah

bila tengok kt berita dan suratkabo citer pasal anak2 yang cemerlang dalam spm....
hati berbunga dan mengharap benda yang sama kat anak2 sendiri .......Insyaallah


tahun ni nadhirah amik spm...sooooo
harap tinggi menggunung nak tengok dia dapat yang terbaik 


adik harapan mak tau......



doa mak sentiasa bersama mu.....


Wednesday, March 21, 2012

sungguh menyusahkan

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/GadishilangdiKuantanmengakutidakdiculik_Polis/Article

hangin betol bila baca berita ni...menyusahkan seluruh rakyat rasanya....yang lebih parah lagi menyushakan mak bapak dia...bayangkan ape perasaan mak bapak dia....memang x de perasaan betol

baru 15 tahun da nekad buat hal yang x patut...bayangkan 10-20 tahun akan datang......

Tuesday, March 20, 2012

binatang lah manusia macam ni....

gambar dari http://www.facebook.com/bhonline

PELAJAR Tingkatan Tiga, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, dilaporkan hilang sejak tengah hari semalam dipercayai diculik tiga individu di Taman Tas, Kuantan. Kejadian berlaku ketika mangsa ke kedai telefon berhampiran rumah mereka bersama dua adiknya, Siti Nurul Aishah dan Mohd Shahmi Aiman, yang masing-masing berusia 11 tahun. - Foto Afif Abd Halim 

BERANI DAN BIADAP SUNGGGUH LAH "MANUSIA" YANG SUKA MENYUSAHKAN MANUSIA LAIN UNTUK KEPENTINGAN DIRI SENDIRI.

ape nak jadi manusia zaman sekarang ni...tak ade perasaan betol.....

Sunday, March 18, 2012

thank u...Ben

WAH.... blogger fames join my site.....

terima kasih BEN ASHAARI sudi jenguk blog kita.....

BILA BEN ASHAARI TANYA AKU

Assalamualaikum.....hye...

BEN ASHAARI

“ Apakah perkara yang paling membosankan anda bila dengar ESOK SEKOLAH ? 

sebagai ibu mengejutkan anak2 yang liat nak bangun memang menguji kesabaran
dari suruh gosok gigi,mandi,sabun  semuanya nak kena cakap....pepagi da bunyi siren....
lepas mandi lagi 1 hal....nak pakai baju nak pakai stokin sampai lah nak naik van skola memang bole buat kita naik angin....

tapi semua tu hanya kekadang je......


Wednesday, March 14, 2012

pencuci mulut malam hari

akhirnya dapat juga menikmati aiskrim ni...macam mengidam lah pulak....
suami tercinta belanja.....

mmmmm...sedapnye....thank you abang....

mentari muncul lagi

Assalam...hye semua

pagi ni hujan.....sejukkkkkk..macam nak tarik selimut lagi niii....kalau sambung tidooo alamatnya tak menjadi lah kerja harini......bangun...bangun.....bangun....



tapikan matahari macam tak nak timbul harini.......


Monday, March 12, 2012

Al-Fatihah

APE YANG ADE KAT HATI PERUT ORANG YANG BERANI BUAT KAT ANAK KECIL YANG TAK TAU APE-APE....


Polis sahkan mayat rentung adalah Nurul Nadirah atau panggilan manjanya, Dirang

Read more: http://www.borakkosong.com/2012/03/polis-sahkan-mayat-rentung-adalah-nurul.html#ixzz1ouJjhhZN

memang gila lah manusia yang tak patut di panggil manusia...
sungguh kejam dan tak berperikemanusiaan...
kenapa manusia zaman ni memang gila

bayangkan ape yang anak kecil ni tahu...
ape yang dia buat sampai ade yang sanggup buat dia macam ni...

tak tau ape yang nak dicakap pada orang ni..memang tak layak dipanggil manusia

Saturday, March 10, 2012

bersidang tok sidang

hye...badan ni penat sungguh...dari petang semalam..nak buat mesyuarat tapi kakitngan takde...yang ade makcik2 dan pakcik2 alahai.......(aku pun da nak sampai tahap pkcik n makcik tu )...tapi aku mude sikit...hehehehehe...tetap tak nak mengaku tuuu...

kemah sampai petang... ingatkan ade lah orang yang nak pasang kemah tu rupanya dia anta je....turunkan dari lori pastu dia blah je......mati nak pasang khemah.....ade pkcik sorang ni dia yg cari sooo dialah yg kena pasang...panggil anak bujang aku yg baru balik kje suruh datang tolong...nasib dia tak banyk songel....datang juga dia.....dengan tenaga 4 orang lelaki dan 4 orang makcik ni akhirnya berdiri jugak khemah ni.......

citer ni bersambung ..........tunggguuuuuuu tauuuu


meeting or gathering

hye...semua....

hari yang mendelimakan aku...hehheheheh
Ahad 11hb mac....kengkawan skola ajak ngeteh.....hati berbunga2 nak pergi maklomlah lebih 20 tahun tak jumpa...ade yang jumpa dalam fb je..mane tak berbunganya.......



hari yang sama pulak ade 1 mesyuarat yang penting.....pulak tu perkara yang lama dirancang telah menjadi kenyataan.....x kan aku nak tinggalkan.......

alahai........dua-dua tempat aku nak pergi......kalau bole...tapikan kenalah bekorban utk nusa dan bangsa cheeewwwaaahhhh.....tapi itu lah matlamatnya.

tapikan aku masih ade masa kalau diizinkan Allah 29hb April kami akan berkumpul juga.......(sabar shikinnnnn pujuk hati sendiri).....hahahhahahah

tapikan sesungguhnya setiap yang berlaku pada kita tu sebenarnya ade hikmah dan kita kena menerimanya dengan seadanya....jika tak dapat pada masa ini kita akan diberi peluang di lain hari....INSYAALLAH

Friday, March 9, 2012

cuti-cuti ujian

Assalamualaikum......
pagi Jumaat yang mendung dan hujan mula turun dari jam 4.30 pagi tadi......nak kata sejuk tak lah sejuk sangat ni....

last sesi persekolahan harini..mula cuti skola buat anak2 skola seminggu je....
ape pulak yang nak dibuat cuti2 ni....x leh enjoy sebab naik cuti mula ujian  so kena belajar.....



kalau x study macamane nak pandai....tu yang orang selalu cakap kannnnn




citer katun memg x leh kalau x tengok....aku pon suka jugak .....
baik dari budak kecik sampai yang tua pon suka kalau x caya korang layan katun ni besttttttt



Thursday, March 8, 2012

pucuk paku punya penangan

     ISA   dan Mek Jah   bersama sebahagian   18 anaknya ketika ditemui rumahnya di Kampung Pantai Pulau Kundor, Kota Bharu.


Mek Jah jaga pantang selepas bersalin, banyak makan ulam untuk kekal sihat 


itulah rahsia keluarga ini.....sungguh bahagia.....tapikan macamanelah agaknya bila mereka berkumpul...masa makan dan masa mereka berehat. nak tengok tv ke......dengan anak2 yang ramai mesti mereka berebut2 siaran kannnnnn

aku yang ade 3 anak je dah macam2 perangai ni kan pulak 18.........huhhhhhh....agaknya Mek jah ni punya tahap kesabaran yang tinggi sebab nak melayan 18 orng punya kerenah........aduhhhhhhh......itulah kuasa dan rezeki dari yang maha Esa......




Tuesday, March 6, 2012

KAD KAWEN



petikan dari  http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Ayatal-Quranpadakadkahwintaksesuai/Article


“Istilah suci dalam Islam seperti Bismillah, Assalamualaikum dan sebagainya tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya kerana dikhuatiri akan disalah guna dan diletak di tempat yang tidak sewajarnya,” katanya.


“Jika bertujuan untuk memberi pengingatan hanya memadai dengan menulis maksudnya saja,” jelasnya.

Beliau juga berkata pihak yang menerima kad jemput kahwin yang tertulis ayat al-Quran sepatutnya lebih prihatin dan menjaga kesucian ayat itu dengan tidak membuang bahan yang mengandunginya di merata-rata tempat. 
Katanya, mengikut Garis Panduan Penapisan Bahan-bahan Penerbitan Berunsur Islam yang dikeluarkan JAKIM, perbuatan membuang bahan yang mengandungi ayat al-Quran boleh dikategorikan sebagai perkara yang menyentuh kesucian Islam. 


DENGAN INI DIHARAP MEMBERIKAN SEDIKIT PANDUAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM YANG AKAN MEMBUAT CETAKAN KAD UNDANGAN MAJLIS PERKAHWINAN AGAR LEBIH BERHATI-HATI DAN YANG PENTING TIDAK MEMPERMAIN DAN MEMPERLEKEHKAN PERIHAL AGAMA ISLAM YANG SUCI INI

Saturday, March 3, 2012

baby bola...bole

hai......
boring lah malam ni...penat badan ni..kalau lah ade yang urut kan best...

layan bola pulak tu liverpool vs arsenal....memang lah tak dapat tengok citer lain....terpaksa la tengok tv kat bilik yang x berapa nak elok gambar dia....hahhahahah...


kekadang layan bola ni best jugak....yang bestnye time gol lah


memang seronok...nak pulak pasukan feveret.....cayalah....
MANCHESTER UNITED


ape pulak kena mengena gambar2 baby ni ngan bola kannnn
sebenarnnya tengok gambar kt google..seronok pulak tengok gambar baby kat situ..copy paste je lah kt blog ni.....dah tak de kje lah ni.....

Friday, March 2, 2012

moody

Assalamualaikum....
salam jumaat ..
pagi hujan rahmat turun...x berapa lebat....
pagi ni x taulah mood x berapa nak baik..
hangin satu badan....


bila dikenangkan memang x patut lah nk meradang je kannnnn
selagi kita ni manusia yang lemah benda2 macam ni memg selalu terjadi.
kekadang kerja2 harian pon boleh buat kita nak naik angin...lebih2 lagi menyiapkan anak kecik nk g skola....hehhehehhe
bukan yang kecik je yang besar pon kekadang buat perangai....





tu lah yang jadi pagi td......bila diaorng da g skola .....dok mikir kenapalah  aku nak marah2 kalau cakap je kan bole....tapi kan bila kita cakap baik2 anak2 ni x nak dengar...mulalh nak meradang......

walau macamane pon aku akan cuba muhasabah diri untuk lebih "mengcoolkan" hati di lain kali...(Insyaallah)

Thursday, March 1, 2012

HAMBA

1 MAC harini
bermula bulan baru
meniti hari...setiap hari
setiap detik...setiap waktu...setiap saat

apa yang kita cari dalam hidup...
cukupkah segala yang ada?????????
TEPUK DADA TANYA IMAN
itupon kalau beriman lah....

walau apa pun 
semua yang kita ada 
semua yang kita buat 
semua yang kita harap
semua yang kita dapat
kita harus ingat 
kita semua di bawah kuasa Nya
YANG MAHA ESA

bersyukur dengan segala yang kita miliki

YA ALLAH JADIKANLAH AKU HAMBAMU YANG BERSYUKUR