geng blog

Saturday, September 24, 2011

SYUKUR DENGAN NIKMAT

raya tinggal beberapa hari je lagi nak berlalu

segala kemeriahan dan keseronokan menyambut masih segar dalam ingatan semua.
setiap apa yang dirasa dan dilalui akan menjadi kenangan yang terindah dalam kehidupan mendatang.

dan setiap apa juga akan kita tempuhi dengan penuh keredaan kerana setiap dari kita tak akan dapat lari dari dugaan dan ujian yang datang untuk setiap manusia yang menjadi hambaNya.

perlu kita ingat juga dengan setiap musibah dan dugaan yang kita dapat atau terima adalah untuk menginggatkan kita betapa kita sangat daif dan naif  untuk menepis apa yang telah di beri olehNya.

dan sesungguhnya kita sebagai hambaNya perlu sedar akan setiap apa jua yang kita lakukan akan menerima balasan dariNya...samada kita sedar atau tidak akan apa yang telah kita lakukan selama kita dapat nikmat yang telah di kurniakan olehNya.

SEHUBUNGAN DENGAN ITU KITA SEBAGAI MANUSA (HAMBA) PERLU SENTIASA BERSYUKUR DENGAN SETIAP NIKMAT YANG TELAH DIBERI OLEHNYA DAN PERLU MENJAGA DAN MENIKMATI NIKMAT TERSEBUT DENGAN SEBAIK MUNGKIN.

No comments:

Post a Comment

Orang Peminat Rahsia