JAKARTA  - Safee Sali, yang menyambung kontrak selama dua tahun lagi dengan kelab bola sepak Pelita Jaya FC, Jakarta, yakin dapat terus bermain untuk pasukan kebangsaan Malaysia, walaupun Liga Super Indonesia (ISL) yang disertai Pelita Jaya sekarang berdepan kemungkinan diharamkan oleh FIFA.
"Kalaupun FIFA mengharamkan ISL, kelab Pelita Jaya tidak diharamkan. Pelita Jaya boleh bermain dalam mana-mana liga di rantau ini, contohnya ia boleh bermain di liga Malaysia, di liga Singapura.
"Para pemain juga tidak diharamkan. Jadi saya boleh bermain untuk pasukan  kebangsaan," katanya ketika ditemui selepas acara pengumuman penyambungan kontraknya dengan Pelita Jaya di sini, hari ini.

TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI TUAH SAFEE PADA BOLANYA........HEHEHHE