Sunday, January 29, 2012

Berita Harian Online | Anak sangka ibu tidur dalam bilik

Berita Harian Online | Anak sangka ibu tidur dalam bilik

ANAK mangsa membaca surah Yasin di lokasi kejadian ibunya, Rosmariah Mohamad (gambar kecil) maut  dipercayai dilanggar kenderaan kira-kira 250 meter dari rumahnya di Jalan Tun Teja, Cheng, Melaka, semalam.
ANAK mangsa membaca surah Yasin di lokasi kejadian ibunya, Rosmariah Mohamad (gambar kecil) maut dipercayai dilanggar kenderaan kira-kira 250 meter dari rumahnya di Jalan Tun Teja, Cheng, Melaka, semalam.



paling mneyedihkan dan menyayat hati...
anak-anak ni kekadang tak pernah nak fikir akan kerunsingan ibu bila mereka ni keluar dan lambat balik....
JADIKAN LAH PERKARA SEBEGINI IKTIBAR WAHAI ANAK-ANAK SEMUA


melayan apek

hari ahad datang lagi
macam biasa ;ah...pepagi ni da on9...sementara nak tunggu kain dalam washing machine tu siap godeh lah blog ni.....
hari2 buat benda yang sama....hehehhehe ape nak buat da kjeeeee
buat lah dengan hati yang terbuka (kekadang macam nak gile gak dibuatnya)

merayau-rayau kat blog orang habis round sana sini balik blog sendiri pulak...ape benda nak di coret kan.....dah x de idea merapu je lah ni.....nak penuhkan ruang.....hehhehehe

hari ahad ni x de yang best sangat lah bagi aku
mcm biasa ahad aku kejeeee
mana nak best kannnnnnn????????

kebakaran rumah pangsa taman ungku tun aminah



harini ade meeting ngan owner umah yg terbakar haritu......nak claim insuran
aduhai penat betol melayan apek-apek ni....
diaorang ingt semua kerosakan insuran cover...mampuuihhhh laaa

apepon aku kena layan gak diaorang ni....kje aku cuma submit borang klaim je yang lain-lain tu diaorang kena tunggu keputusan adjuster laa..hhahahhahhaha...


Saturday, January 28, 2012

Yuna - Terukir Di Bintang (Unofficial MTV With Lyrics)

syoknye bila dengar lagu ni .....macam dengar masa zaman 50-an pulak

kalau tak caye cube korang layan jap...memang best tau.....

yuna the best laaaaa........

Friday, January 27, 2012

hidup mesti diteruskan

assalamualaikum...
pepagi da buka blog ni ntah apa yang nak di share kat sini.....
hari Jumaat dah. Isnin da mula naik sekolah...

rutin harian bermula bila kita celik mata sampai lah ke malam hari tu pon kalau x de yang kacau lah....
melakukan kerja harian kekadang ni seronok dan kekadang naik meradang gak....
(ikot mood lah)

tapi kan kalau kita fikirkan apa yang kita lakukan tu sebagai satu tanggungjawab kita akan buat  tanpa rasa tekanan nya..mudah-mudahan apa yang kita lakukan seharian mendapat keberkatan dari Illahi.
lebih-lebih lagi bila kita dihargai oleh suami dan anak-anak...bahagia rasanya.

Harapan dapat menjalankan tanggungjawab ini dengan penuh rasa nikmat agar mendapat keberkatan dunia dan akhirat.....Insyaallah.....

Tuesday, January 24, 2012

penolong ketua kelas....

nak buat ape harini...mood cuti lagi nih...aduhaiiii....

nak g beli baju seragam aisyah...sekolah agama dia dilantik jadi penolong ketua kelas..bukan main suka lagi dia...maklomlah bdan dia besarrrrr dari yang lain tulah sebab nya dia dilantik kottt.

baju kurung hijau muda kain hijau dan tudung hijau...tulah warna yang cikgu tulis kat surat perlantikan tu....
kena beli lah jawabnya......

tapi aku suka gak sebab biar dia rasa ade tanggungjawab yang dia kena buat.
dan dia kena tunjukkan sikap yang baik sikit lah dari yang lain....kalau tak tak guna lah dia jadi penolong ketua kelas...betol tak????

harap-harap dia dapat jalankan tugas dengan baik......

Thursday, January 19, 2012

JOM MENGUNDI

3.7 juta rakyat Malaysia yang telah layak mengundi tapi tak berdaftar untuk mengundi....(menurut buletin utama  tv3)

pehhhhh...ramai tu yang tak mengundi....kenapa ek?????
mereka rasa selesa ke tak mengundi.....mungkin ada antara nya yang berfikiran bahawa kalau dia tak mengundi pun hidup dia macam ni jugakkk....betul tak???????

susah betol nak ubah fikiran orang yang macam ni....
tak ada kesedaran....sekurang-kurangnya kita punya kebebasan untuk memilih pemerintah....

aku sudah 4 kali mengundi.....kepuasan dapat aku rasa bila dapat mengundi......memang best sebab aku pilih pemerintah untuk negara aku sendiri.......mau x best....kalau tahun ni ada pilihanraya bermakna 5 kali lah aku mengundi........

semoga berkekalan hingga ke syurga

(Update) Ally Iskandar dan Farah Lee nikah 20 Januari 2012 | Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti Tempatan

Monday, January 16, 2012

nak g skola

sabtu haritu aisyah demam...malam mak suruh hantar kan ubat demam....
hantar ubat demam ngan kool fever...

lepas makan ubat kebah lah kejap pastu demam lagi.
Ahad ada jemputan...mak kata tak g sebab aisyah demam..

balik dari jemputan kawen singgah umah mak tengok aisyah..memang panas
malam bawa dia balik umah...bagitau dia esok tak yah g skolah sebab demam...
dia jawab ape tau...
."ALAH...ECAH NAK G SKOLA NANTI KALAU TAK G SKOLA ECAH TAK PANDAI"
macam nak menitis airmata dengar dia cakap macam tu...sememangnya anak-anak ni kalau dia suka dan seronok untuk ke sekolah walau sakit pun dia nak pergi juga.....
mudah-mudahan perkara sebegini berterusan sehingga dia besar nanti....insyaallah...

Friday, January 13, 2012

BERZAKAT LAH


14,000 belum tunai zakat: MAIJ 
Oleh Nor Hazwani Hamat
bhjb@bharian@com.my
2012/01/13

JOHOR BAHRU: Seramai 14,000 kakitangan awam layak dan wajib membayar zakat bagi memenuhi tuntutan agama menunaikan Rukun Islam ketiga tidak berbuat demikian.

(artikel ini dari berita harian) (NI BARU ANGKA UNTUK KAKITANGAN AWAM BELUM YANG SWASTA LAGI)

sebenarnya manusia ni memang tak ambil kisah tentang zakat ni...yang mereka tau kekadang hanya zakat fitrah je....
ada yang tau tapi  buat-buat tak tahu je.
Kesedaran tentang zakat selain dari zakat fitrah perlu ada pada mereka-mereka ni.

Gaji beribu-ribu tapi tak mau keluarkan zakat. tu belum lagi zakat yang lain (kalau ada la).
Kemudahan nak membayar pun dah di bagi tau tapi semua buat x tau je.
bayaran ansuran pon boleh....pergi je la kat pejabat pos tu.
pendek kata nak seribu daya tak nak beribu-ribu dalih.

INGATLAH HANYA 2.5% SETAHUN JE DARI PENDAPATAN KORANG. X KAN BOLE PAPA KALAU KUARKAN ZAKAT NI.

Thursday, January 12, 2012

Siti Nurhaliza


 Datuk Siti Nurhaliza Tarudin
minat jugak dengan Dato Siti ni....bukan jugak tapi memang minat ngan dia...

Kejayaan yang di kecapi bermula dati bawah sehingga menjadi orang yang paling dikenali dengan sikap dan tingkah laku yang sangat disenangi oleh semua.

SEMOGA BERBAHAGIA HENDAKNYA....

Wednesday, January 11, 2012

Sony Ericsson Xperia from 2011


bilalah bole dapat agaknya...............

sabor wahai Ashiekien.......hehehehhehe

Friday, January 6, 2012

Aisyah ke Sekolah

sudah 3 hari sesi persekolahan berjalan...
maknanya dah 3 hari lah Siti Aisyah menjalani kehidupan sebagi seorang murid sekolah rendah dan sekolah agama belah petang.....

rutin harian dia bermula dari jam 6 pagi....
gegar dia pepagi suruh mandi, nasib baik senang nak bangun kalau x aku jadi tarzan lah jawabnya....hehehhehe

alhamdulillah setakat ni semuanya ok...
dek kerana terlalu sibuk  lupa pulak nak amik gambar dia pakai uniform skola....nanti lah lain kali kalau sempat.

pergi skola naik van sama ngan anak dara aku yang sorang lagi ni....dia bangun selepas aisyah mandi....dia ni lembab sikit masuk bilik air berjam-jam..

buat masa ni aisyah bawa bekal dari umah...maklomlah dia masih baru kat skola takut-takut dia x tau nak beli....tapi dia beria-ia nak beli sendiri aku je yang x yakin....masa rehat pergi skola dia tegok dia makan...setakat ni ok lah tapi tetap merenggek nak beli sendiri.
 balik pukul 1 tengahari ...suruh dia makn cepat-cepat sebab pukul 2 dah nak g skola agama pulak...memang kelam kabut aku.....

g skola agama aku hantar jalan kaki le....kesian gak tengok dia penat semacam je...tapikan dia memang suka sangat g skola...pukul 3 stgh balik skola agama aku amik bawa g ofis sampai pukul 5 dok kat ofis aku....sampai tertidur dia...siap berdengkur....kepenatan lah tu...