Tuesday, November 5, 2013

HIJRAH BERSAMA


salam hijrah....selamat tahun baru..
berhijrah dari tahun ke tahun...
apa yang telah kita capai sebelum menempuh tahun baru ini

kesempurnaan yang kita capai dan kita kecapi 
apakah setiap yang kita dapat memuaskan hati kita sendiri
mana ada manusia yang puas dengan apa yang mereka ada...

setiap yang kita cari dan dapat melalui jerit perih kita sendiri adalah
perkar yang amat memuaskan bagi kita..
macamane pulak bagi mereka yang mendapat nikmat atas kepayahan dan 
penderitaan orang lain....??????

arus perubahan dari tahun ke tahun kekadang boleh mengubah kehidupan dan mentaliti setiap manusia
ia juga boleh mematangkan pemikiran mereka..
ada juga yang memang tidak mengambil tahu dan memang tak mahu menjadi manusia yang maju dan berdaya saing...

sesungguhnya setiap apa yang ada pada kita adalah pinjaman untuk sementara
menjadi manusia yang bersyukur diatas setiap inci nikmat yang telah dikurniakan kepada kita 
menghormati hak sesama manusia selagi mane ianya tidak memudaratkan
menjaga setiap perilaku..harga diri ...maruah...AGAMA dan BANGSA

SEMUA ITU ADALAH PERJUANGAN AKU 
SEMOGA AKU MENDAPAT PETUNJUK DAN HIDAYAH DARI MU YA ALLAH 

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH BUAT SEMUA....

Sunday, November 3, 2013

exam...exam

Assalam....hye semua....da lama tak mengepos kat sini...
macam sibuk sangat..hehe...kekontangan idea kot

bulan November ni si dara pinggitan ni ada final exam kat kolej untuk sem 1


good luck sayang...semoga dapat menjawab dengan baik dan tenang.....doa mak sentiasa bersamamu.

pejam celik da 6 bulan dia kat sana (Polytech Mara Bangi)...memang sunyi la bila dia tak de.
tapi sesekali dia balik macam nak pitam jugak la melayan kerenah dia...macam2...


manje sangat...maklumla bongsu kononnya...

Wednesday, September 4, 2013

Road tua mude beraye....

Tahun ke 2 kami beraye bersama member2 skola
InShaAllah akan menjadi acara tahunan untuk kami mengeratkan Silaturrahim
seronok gile lah...
 







bapak mithali ni....



 

Sunday, May 19, 2013

Tuesday, April 2, 2013

April datang lagi......



ahhaaaa.....
april datang lagi...
april jugalah bulan yang ditunggu
dan april jugalah bulan yang menyatukan kami...
syukur Alhamdulillah kehadrat Illahi
dengan limpah kurnia dan rahmat dari Nya
24 tahun telah kami layari bahtera ini
 
segala yang kami ada dan segala yang kami kecapi
semuanya adalah limpah rahmat dari Nya
melayarinya dengan penuh suka dan duka, pahit dan manis,masam dan kelat
semua itu adalah kurniaan dan dugaan dariNya
 
semoga hari-hari  mendatang yang akan kami lalui
dapat memberikan kami seribu satu kebahagiaan dan dapat menjadikan kami insan dan pasangan yang pandai dan tahu bersyukur dengan segala apa yang telah diberi olehNya.
 
Sesunggihnya kami adalah manusia yang kerdil dan jahil...
Ya Allah kau berilah kami petunjuk supaya kami menjadi insan yang tahu bersyukur..
Aminnnnnn


Friday, March 22, 2013

Tahniah adik......

hari yg dinanti tiba juga
keputusan SPM keluar
hahaha....
kecut perut...tak tentu rasa semua ada...

macam aku yang nak amik keputusan pulak..
sebagai seorang ibu aku adalah orang yang paling takot...
bukan apa....
takut dia pulak yang tak bole terima kalau keptusan tu tak berapa bagus..
bila kita tengok masa dia belajar..semestinya dia mahukan yang terbaik...

akhirnya.....
Alhamdulillah...walaupun tidak mendapat banyak A namun dia memang gembira dengan apa yang dia dapat..
aku pon bersyukur sangat kerana apa yang dia usahakan membuahkan hasil...
subjek yang dia paling minat mendapat A......Prinsip Akaun....

Photo: Bff trcinta. korg la boyfie,korg la girlfie aku. muahhh sikitt :*

inilah teman seiringannya...Alhamdulillah semuanya lulus...
semoga kamu semua berjaya di masa akan datang...

Tahniah buat kamu semua...terutama sekali buat Nur Nadhirah binti Ibrahim......sayang adikkkk

Thursday, March 7, 2013

senam jangan tak senam

Photo: Muka org da lama x jogging...penat gile..
 
semalam belum balik dari kerja dia da sms nak ajak jogging esok pagi..
wahhhh
tetibe je nak ajak jogging
biasanay memang kena layan jugak ape yang dia nak...
sebenarnya aku ni da lama tak berriadah bagai ni
ambil kesempatan jugak la bila dia da ajak
 
sampai sana bermulalah episod bersenam
mula-mula berlari lah pelan-pelan
baru satu pusingan aku yang da termengah-mengah
alamak nampaknya aku memang kena buat benda ni selalu
kalau tidak apapon tak boleh...
sampai ke malam badan ni rasa sakit-sakit
lenguh-lenguh da macam orang tua lah pulak..
 
 


Tuesday, February 5, 2013

emo lah pulak.....

penat,lelah,jerih,payah,....apa lagi ungkapan yang bole diberi pada seorang ibu
membesarkan anak-anak,memberi makan, pakai, pelajaran dan segala apa juga keperluan mereka..
 dari dalam perut...menanggung segala payahnya...
menghitung hari untuk menatap setiap inci yang ada pada anaknya
bila lahir....menatangnya bagai minyak yang penuh
menjaga setiap detik ketika tidurnya...sakitnya...tangisnya....
bila mula membesar dengan keletahnya...nakalnya...
bila mula hendak bertutur...pelatnya....diajarnya..
bila mula hendak bersekolah...disiapkan segala keperluannya...
bila habis sekolah....diharap dapat berdikari
bila sudah berkedudukan....
APAKAH ANAK INI DAPAT MEMBAYAR SEMULA APA YANG DILAKUKAN OLEH IBUNYA.......
walaupun ibunya tidak mengharapkan apa-apa darinya.....

Tuesday, January 29, 2013

Jom...juvana

hero-hero JUVANA.....

Mampukah Juvana tersenarai dalam filem box office???
http://www.ohbulan.com/juvana-kutip-rm1-7-juta-selepas-4-hari-di-pawagam/


4 hari tayangan dah mencecah 1.7 juta......gempak ke citer ni...kena tengok ni...
fenomena zaman sekarang yang suka pada cerita-cerita macam ni....dari cerita yang meleret-leret tak tentu hala tu baik tengok citer macam ni kan....
jommmm tengok wayang....

Monday, January 14, 2013

perubahan....







dua-dua gambar ini cantik sebab tuan badan memang cantik

tapi gambarke dua  ni paling cantik....