geng blog

Sunday, May 22, 2011

MUSIBAH MENYAYAT HATI

Petang Sabtu 21hb Mei......bila on9 terbaca tragedi yagn betul-betul mengejutkan....
satu kejadian tanah runtuh telah berlaku di Hulu Langat....
Apa yang lebih menyedihkan ialah kejadian itu melibatkan penempatan anak-anak yatim 
Kesian mereka......hanya itu yang mampu di lafazkan ketika itu....doa dan harapan agar mereka dapat dikeluarkan dari timbunan tanah dengan selamat......
KEADAAN Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, 

Kajang, dalam kejadian tanah runtuh, hari ini. Laporan awal sebelum ini menyebut, 

kira-kira 20 hingga 30 penghuni rumah anak yatim itu dipercayai tertimbus dalam 

kejadian tanah runtuh pada jam 2.20 petang tadi. - Foto Yazit Razali

Keadaan ini amat menggerunkan....bayangkan bagaimana anak2 itu dapat keluar dari timbunan tanah tu....Ya-Allah hanya engkau yang maha mengetahui

SEBAHAGIAN daripada waris mangsa melihat mayat untuk dikenalpasti setelah di bawa keluar dari lokasi kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat. - Foto Zulfadhli Zulkifli




MANGSA tragedi tanah runtuh, Mohd Khairul Annuar, 9, dihantar ke Hospital Ampang. - 

Foto Yong Chee Choong

MANGSA kejadian tanah runtuh diselamatkan. - Foto Aizuddin Saad

Tersentuh hati setiap ibu yang melihat keadaan mereka ini.....Semoga semua anak-anak yang berada di Rumah Anak Yatim Al Takwa....mendapat pembelaan yang sewajarnya......segala bantuan dan doa amat mereka perlukan ketika ini.....

SEMOGA KAMU SEMUA DIBERI KETABAHAN DALAM MENGHARUNGI KEHIDUPAN AKAN DATANG.......
YA-ALLAH KEPADAMU KAMI SERAHKAN SEGALANYE..HANYA ENGKAU YANG MAHA MENGETAHUI......
SEGALA YANG BAIK DATANG DARI MU......

No comments:

Post a Comment

Orang Peminat Rahsia