geng blog

Monday, October 31, 2011

AL-FATIHAH

AL-FATIHAH  BUAT ALLAHYARHAM YUSMAN BIN RAHIM
frames

30hb Oktober 2011 tarikh pemergian seorang insan yang aku sayang (sepupu) .
kami membesar bersama-sama...cuma bila kami sudah meningkat dewasa masing2 jarang berjumpa.
dari kecik kami bersama....duduk umah atuk...

tarikh ini dia pergi meninggalkan kami semua....kesedihan memg x dapat kami sembunyikan...
Walau kami redha dengan pemergiamya..namun masih ade yang tersirat di hati ni.....

Syukur sangat2 bila kami diberi peluang berjumpa sebelum dia pergi........
seminggu sebelum dia pergi aku pergi menjengguk dia .....memang hati ni sayu bila tengok dia....

Dia sempat bercakap dengan mak  yang dia x sempat nak sampai hujung tahun ni....tapi kami semua memberikan kata2 semangat untuk dia supaya dia tabah dan sabar..... dia mendiamkan diri
sebelum balik aku sempat juga bercakap sambil aku pegang pipi dia supaya ingatkan Allah ape yang dia rasa sekarang ni ujian dari Nya..Dia cuma menganggukkan kepala...

Tengahari semalam adik dia talipon suruh datang tengok dia sebab dia da lain macam je...
x sempat aku nk jamah makan tengahari...terus aku bersiap2 pergi ke rumah dia.....
bagitau mak suruh ke sana juga......

Sampai umah dia terus g tengok dia...keadaan dia memang tak ada perubahan dari haritu...
x lama aku sampai ...mak,ema,pak itam dan pak ngah sampai......mak uteh cakap tengahri td dia da mintak maaf atas semua kesalahan dia...lagi dia cakap dia da nak pergi takut x sempat nk mintak maaf......

lebih kurang 3 jam kami berada di sana.....akhirnya dia nazak dan menghembuskan nafas terakhir di hadapan kami......semua adik beradik (ipar2 dia), mak dia, pak itam, mak dan aku ada disisi dia....
kalimah Allah x putus2 aku dan mak bisik ke telinga dia.....
lebih kurang jam 5.25 petang dia pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya....
Jenazahnya selamat dikebumikan pada malam itu juga....

Semoga rohnye dicucuri rahmat...doa dari Along untuk Allahyarham Yusman bin Rahim Semoga dia ditempatkan di kalangan orang yang diberkati Allah....

No comments:

Post a Comment

Orang Peminat Rahsia