geng blog

Thursday, June 30, 2011

CINTAILAH NEGARA KITA MALAYSIA



adakah ini yang kita inginkan terjadi kepada tanahair kita yang tercinta.

pandangan ini lahir dari hati seorang manusia yang amat cintakan keamanan dan kemakmuran.
selama ini kita hidup dengan aman dan tenteram....cuba kita lihat sekarang ini belom ade lagi manusia yang hidup di MALAYSIA ini mati kelaparan...

ade yang sanggup bertarung nyawa untuk sampai ke MALAYSIA.....dan ade yang tak sempat sampai pon dah mati tengah laut...

kerana mereka tahu menilai keadaan di MALAYSIA.....sayangnya rakyat jati MALAYSIA saja yang tak tahu menilai dan menghargai....

RENUNG2KANLAH WAHAI RAKYAT MALAYSIA SEMUA....
AMAN DAN DAMAI ADALAH AMAT BERMAKNA BUAT KITA SEMUA......

Wednesday, June 29, 2011

tanya sama pokok

suka betol dengar lagu ni.....(yg sebenarnya suka ngan suara hazama)
hehehhehe
jommm layannnnnn






Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam
Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Chorus
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada
Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Ulang Chorus
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok

Monday, June 27, 2011

balik kampung.......


bermula SABTU umah kembali penuh......
hehehehehe.....maklomlah selama 2 tahun si anak bujang tu belajar kt IKBN
jadi akhir bulan jun ni maka tamatlah pengajian dia kat sana tu.


2 tahun dia belajar di IKBN Temerloh.....
amik sijil kemahiran je.....jurusan semburan cat...




ni lah dia orangnya....

bulan depan da mula praktikal......
3 bulan .......

kalau dia nak sambung lagi belajar terpulang lah pada dia....kami ikotkan je...
yang penting diri dia sendiri ....samada nak atau tak nak....

MAK DOAKAN SEMOGA JOY BERJAYA DALAM HIDUP



Thursday, June 23, 2011

SYUKURLAH......

malam jumaat........
ape nak buat ni......
da berapa hari tak update blog ni....

malam ni nak merapu lah....
nak kata bosan tak jugak.....
nak kata tak bosan...kekadang macam bosan...

kita ni jadi manusia memang tak pernah puas dengan apa yang kita ade....
bila kita fikir2 kan
kita ni macam hamba yang tak tau bersyukur...

dengan ape yang kita ada....ape yang kita makan...ape yang kita pakai....
sepatutnya kita kena besyukur yang teramat sangat dengan nikmat dan kurniaan tuhan yang maha esa..

bukan ape sebenarnya ianya untuk menginggatkan diri sendiri ni....
selalu sangat mengeluh bila di uji sikit....
cepat je nak mempersoalkan kenapa......mengapa...bagaimana.......

itulah manusia namanya.......

sesungguhnya Allah itu maha Adil lagi Bijaksana.....
setiap ape yang diberikan mestilah bersebab.....

cuma kita manusia ni je yang tak sedar akan itu.....

YA ALLAH AKU BERMOHON PADAMU AGAR KAU JADIKANLAH AKU SEBAGAI SEORANG HAMBAMU YANG TAHU BERSYUKUR DENGAN SEGALA NIKMAT DAN KURNIAAN MU.....AMINNNN

Santai Bersama BEN ASHAARI: Pengunjung luar negara ...strategi menjadi !

Santai Bersama BEN ASHAARI: Pengunjung luar negara ...strategi menjadi !

Monday, June 20, 2011

BAPAK SETAN...ANAK IBLIS.....

Lelaki, anak sumbang mahram lahir 3 anak


2011/06/20

KOTA BHARU: Seorang ayah dihukum penjara setahun enam bulan dan denda RM2,500, manakala anak perempuannya didenda RM2,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam selepas mengaku salah bersekedudukan sehingga mempunyai tiga anak. 

Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty dalam penghakimannya turut mengeluarkan perintah supaya anak beranak itu tidak tinggal bersama dalam sebuah rumah untuk selamanya bagi mengelakkan kejadian sama berulang.


HANGIN BETOL BILA BACA BERITA NI PAGI TADI....

BONGGOK BETOL LAH MANUSIA MACAM NI.....

NTAH GELARAN APE YANG PATOT NAK DI BERIKAN PADA 2 ORANG BODOH..BANGGANG NI......

Sunday, June 19, 2011

AL-FATIHAH

'Pak Uda' meninggal dunia


2011/06/19

pix_gal0
KUALA LUMPUR: Pelakon komedi, Zami Ismail, 67, yang sinonim dengan panggilan "Pak Uda" dalam sitcom "Pi Mai Pi Mai Tang Tu" meninggal dunia pagi ini di Institut Jantung Negara (IJN).

Anak kedua Allahyarham, Ahmad Yamashita, 25, berkata ayahnya meninggal pada 10.30 pagi selepas seminggu dimasukkan ke IJN berikutan masalah jantung.


HILANG SEORANG LAGI PENGGIAT SENI TANAH AIR.....

SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN DI KALANGAN ORANG2 YANG BERIMAN.......

AMIN.......

APE PON TAK BOLEH

semalam pergi rumah mak......

mak masak laksa johor.....yummmmmmm....memg sedap....
roger sepupu sorang ni...tanya dia nak ikut x.......memg pantang dilawe.........
amik dia dulu kat Danga...

dalam 1 jam smpai umah mak.......
kat sana dah ade sepupu yang sorang lagi ni....memg riuh rendah lah jawabnya...memasing ribut ngan anak2 kecit.......

sesekali riuh best jugakkan.......
maklomlah ank2 aku da besar panjang.....

tengoklah pulak ank2 sedara membesar......

sambil2 duk lepak tu dengarlah si ayuni ni membebel sambil main mainan dia....
dengar kan betol2.....rupanya dia cakap ape tau.....

APE PON TAK BOLEH...ulang2 kali.....
mula2 ingt dia cakap ape.....rupanya dia ajok tagline kumpulan Jambu Maharajalawak....

tengokla kan ank2 kecit sekarang ni pon pandai mengajuk cakap orng....
cepat je diaorng ingat......

besar betol pengaruh media massa pada anak2 sekarang ni.......

klako pulak bila ingat dia cakap
APE PON TAK BOLEH......(pelat2 sikit)


Tuesday, June 14, 2011

NORA ELENA

[cover-nora-elena-580x280[4].jpg]

Sebenarnya aku tak lah layan sangat drama Nora Elena ni;....

kadang2 teringat atau anak dara sorang ni yang buka barulah tengok....

petang tadi tengok lah.....da sampai bab mak dan ayah si Nora tu nak datang umah dia.....

naik menyampah pulak tengok si Yvonne tu.....mengacau je.....
bila tengok bab dia mabok dan si Nora pulak nampak suami dia tengah masukkan si penyibok tu dalam keta....
teringat pulak cerita2 sinetron yang dari seberang tu.......SAMA JEK.......
jalan citer sama jek.....
agaknya dah tak ade modal agaknya......

SHAFWAN

Esok 15hb Jun......final exam untuk Shafwan...di IKBN...

semalam dia sms ckap dia demam....alamak......harap2 demamnya cepat lah baik
mula exam...15hb hingga 22 hb Jun.....

mak doakan agar Joy cepat baik dan dapat menjawab kertas peperiksaan dengan baik.

tak lama lagi dah bole balik JB.......

bulan depan praktikal....

Monday, June 13, 2011

hey soul brother.........

HAZAMA dijulang ahli kelab peminatnya selepas menjuarai AF9, malam semalam.

PUTRAJAYA: Peserta yang pernah gagal dalam konsert prelude Akademi Fantasia musim keempat lalu, Hazama menepati ramalan ramai apabila muncul juara Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) pada final pertandingan program realiti itu yang diadakan di Dataran Putrajaya, Precint 3, di sini malam tadi. 

Hazama atau Hazama Ahmad Azmi yang diserap masuk pada minggu keempat bagi menggantikan dua peserta yang disingkirkan menerusi Ops Gugur, menewaskan tiga finalis lain.




KEBANGGAAN...Hazama diapit ibu bapanya selepas dinobatkan sebagai juara.




Akhirnya......Hey soul Brother...juara AF9.....memang dah dijangka......


TAHNIAH....TAHNIAH...TAHNIAH......


HAZAMA.........



Sunday, June 12, 2011

MENU TENGAHARI @ JUSCO TAMAN UNIVERSITI

nak tulis ape ni......
hari ni tak ade ape yang nak di buat.

balik kje tengahari tadi mula lah buat plan.

Abang bagi cadangan.....dia ajak pergi Jusco.....
memang pantang di lawe....
x banyak cakap ok je lah.......

sebenarnya dia nak makan mee goreng kat Arena Jusco..
sedap kata dia....

sampai sana terus g tempat makan..
mujur orang tak berapa ramai sangat...
kami pon order lah....

MEE GORENG untuk dia


NASI GORENG PATTAYA untuk nadiraboo (anak dara bongsu)...


KUE TIAW GORENG KERANG untuk si mak ni lah......hehehe

Kuehteow

minum


kiwi blended....(ayah n mak share)sb banyak sangat nanti x abis.....sharing is caring.....hehehhe
si dara pulak strawberry blended....

fruits smoothies and milkshakes

gambat ni cuma hiasan je.......saje je suka-suka......

lepas makn ...naik atas cuci mata......

dah penat meround balik lah rumah.........

malam ni nak layan AKADEMI FANTASIA 9........JOMMMMMMMM

Friday, June 10, 2011

melody...oh....melody

Cinta Melody.jpg

dah tau ending  cerita ni........
mulanya malas nk tengok.........
tapi ntah macmane mesti nak tengok jugak....
sb ank dara sorang ni follow citer ni dari mula...

bila petang tinggal dengan dia je kat umah
dia tak lepas peluang tengok cinta melody ni
mau x mau kena layan jugak le.....

yang aku suka sangat yelah tengok muka melody
muka dia cantik.....
Chelsea Olivia.jpg

sebenarnya citer ni semua sama je
cinta...hasad dengki....berebut harta.....
jahat yang x tercapai dek akal....
tapi nak tengok jugak.....

Bruno Mars - The Lazy Song [Official Video]



LAYAN LAGU NI..........MACM BEST JER
RILEK2 DENGAR LAH .......

SEMPOI......

Wednesday, June 8, 2011

DOMO KUN







Ntah ape yang ade kat benda ni.....bole anak dara sorang ni minat sungguh ngan dia ni.......
DOMO namanya......


dari beg sandang.........pencil box..........beg duit.......keychain.......semuanya benda ni.........

mahal lah jugak nak belikan.....bukannya cantik pon....dengan mulut yang ternganga luas tu.....




tapi kan dah minat dia gitu nak ke tak nak kena lah ikut rentak dia selagi tak melampaui batas......




zaman muda



KENANGAN MASA SEKOLAH MENENGAH KEMBALI
SEMEMANGNYA MASA TU TAK DAPAT NAK DIULANG KEMBALI
MEMORI SUKA DAN DUKA BERSAMA KENGKAWAN DULU
MASIH SEGAR DALAM INGATAN

KALAULAH MASA TU DAPAT BERPUTAR SEMULA MAU BALIK SEMULA KE SEKOLAH
HEHEHHEEHE
SEMUA TU TAK MUNGKIN AKAN TERJADI...



KEHIDUPAN SEBAGAI SEORANG PELAJAR MEMANG BEST...

SEKARANG NI
MASING2 DAH 
MEMBAWA HALUAN ......MEMANG PAYAHLAH NAK JUMPA....TAPI KAMI SELALU JUMPA DALAM FACEBOOK......HEHEHHEHE
ITULAH DUNIA TEKNOLOGI......
SEKURANG2NYA TERUBAT JUGAK LAH RINDU....



Saturday, June 4, 2011

kawen...kawen...kawen.....



cuti Hari Agong.....
pagi bangun buat kerja rumah macam biasa...
siap kerja da pukul 10 pagi....

tengahari nak pergi jemputan kawen.....
hari ni 2 walimatul urus..(sebenarnya 3) 
yg 1 tu jauh sangat..... kirim je ngan jiran sebelah....

yg 2 ni dekat je ....1 taman.....so...kena pergilah....
lagipun kawan dan jiran...mestilah kena pergi kalau tak ade keuzuran....

lagipon memenuhi undangan tu wajib bagi kita kan.....

bila cuti umum dan apa lagi cuti sekolah ni memg banyak lah orang kawen..
baik saudara, kawan mahupun jiran tetangga....jenuh jugak lah kalau nak pergi dan memenuhi semua undangan tu....hehehe..faham2 jelah....

tapikan pernah tak kita bayangkan betapa sedih nya hati tuan rumah tu bila orang yang dijemput x datang
mesti dia terkilan kan....
seboleh2nya aku harus cuba untuk memenuhi undngan tu....

walaupon aku masih lama lagi untuk atau mengadakan majlis perkahwinan tu tetapi memenuhi undangan tu menjadi 1 kemestian....
yang best nya apa tau.......
makanan tu...naasi beryani dengan lauk2 yang sedap..tu pon nasib lah kalau kena yang sedap beruntunglah tekak....
tp tu semua bukan menjadi perkara utama....

apapon kepada mereka yang melangsungkan majlis perkahwinan hari ini....didoakan semoga berbahagia dan berkekalan sehingga ke SYURGA.....Aminnnnn
paper bag
Orang Peminat Rahsia