Monday, March 26, 2012

DEMAND PULAK

http://www.harian-metro-online.com/isu-amah-malaysia-bertegas-tiada-syarat-baru


SHAH ALAM – Malaysia terus mempertahankan pendiriannya dengan menegaskan, sememangnya tiada peruntukan baru – satu amah satu tugas dengan gaji minimum RM700, dipersetujui dengan kerajaan Indonesia, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
Sehubungan itu menurut Dr Subramaniam, beliau telah bertanya perkara tersebut kepada rombongan Malaysia yang menyertai satu mesyuarat pasukan petugas di Jakarta dan telah dimaklumkan bahawa memang tiada peruntukan sedemikian.
“Mereka berkata tiada perkara sedemikian. Apa yang dipersetujui adalah gaji antara RM600 dan RM700, yang akan ditentukan oleh majikan dan pekerja (pembantu rumah) dan kesemua itu terkandung dalam (memorandum persefahaman) MoU yang akan dipatuhi,” kata beliau dalam wawancara diterbitkan Sunday Star, hari ini.

JANGAN NAK MACAM-MACAM HAH!

No comments:

Post a Comment