petikan dari http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Ayatal-Quranpadakadkahwintaksesuai/Article
“Istilah suci dalam Islam seperti Bismillah, Assalamualaikum dan sebagainya tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya kerana dikhuatiri akan disalah guna dan diletak di tempat yang tidak sewajarnya,” katanya.
“Jika bertujuan untuk memberi pengingatan hanya memadai dengan menulis maksudnya saja,” jelasnya.
Beliau juga berkata pihak yang menerima kad jemput kahwin yang tertulis ayat al-Quran sepatutnya lebih prihatin dan menjaga kesucian ayat itu dengan tidak membuang bahan yang mengandunginya di merata-rata tempat.
Katanya, mengikut Garis Panduan Penapisan Bahan-bahan Penerbitan Berunsur Islam yang dikeluarkan JAKIM, perbuatan membuang bahan yang mengandungi ayat al-Quran boleh dikategorikan sebagai perkara yang menyentuh kesucian Islam.
DENGAN INI DIHARAP MEMBERIKAN SEDIKIT PANDUAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM YANG AKAN MEMBUAT CETAKAN KAD UNDANGAN MAJLIS PERKAHWINAN AGAR LEBIH BERHATI-HATI DAN YANG PENTING TIDAK MEMPERMAIN DAN MEMPERLEKEHKAN PERIHAL AGAMA ISLAM YANG SUCI INI
No comments:
Post a Comment